Tuesday 7 April 2015

PERKEMBANGAN MARGA NASUTION DIMANDAILING GODANG.


Setelah Sutan Pulungan tewas/kalah didalam Perang Aek Batang Gadis dan syarat syarat dikenakan bahawa Sutan Pulungan tidak lagi dibenarkan meluaskan wilayah taaluknya kecuali hanya tinggal menetap diHuta Bargot sebagai raja huta/kampung maka Sibaroar pun kembali kePanyabungan Tonga dan memerintah jajahan wilayah taaluknya dengan aman damai.
Sibaroar mempunyai seorang anak bernama Tuan Muksa yang memerintah Panyabung Tonga dan seterusnya Tuan Muksa juga mempunyai seorang anak bernama Tuan Natoras yang memerintah Panyabungan Tonga. Tuan Natoras pula mempunyai dua orang anak i. Baginda Mangaraja Enda Panyabungan Tonga ii. Baginda Tobing Nainjang.
Semasa Baginda Mangaraja Enda memerintah Panyabungan Tonga inilah berlaku satu lagi peperangan yang hebat dan melibatkan ramai pihak.Perang Padang Garugur ini adalah antara Baginda Mangaraja Enda dengan Sutan Parampuan dimana berahkir dengan kemenangan dipihak Baginda Mangaraja Enda,maka itu kekuasaan Baginda Mangaraja Enda pun semakin luas lah.
Setelah selesai perang tersebut maka Baginda Mangaraja Enda merancanakan untuk menghantar anak nya yang sulong untuk merajai Loban Sibaguri yang hanya beberapa kilometer sahaja dari Panyabung Tonga. Anak Baginda yang sulong itu,Sutan Kumala Bulan telah dirajakan dengan gelar Syang Yang Dipertuan Sutan Kumala Bulan dan Loban Sibaguri pula digantikan dengan nama Huta Siantar sempena nama raja yang dihantar dari Panyabungan Tonga.

Syang Yang Dipertuan Sutan Kumala Bulan pula mempunyai tujoh orang anak
i. Mangaraja Gunong Pandapotan memerintah Huta Siantar;
ii. Mangaraja Mandailing memerintah Pidoli Dolok;
iii. Mangaraja Sotiangar memerintah Salambue
iv. Mangaraja Dibata memerintah Mompang
v. Tuan Betara Guru memerintah Gunong Tua
vi. Mangaraja Bangun Batari memerintah Pidoli Lombang
vii. Mangaraja Saolohon tinggal diPidoli Lombang.
Salah seorang daripada keturunan Mangaraja Mandailing Pidoli Dolok yang bernama Sutan Mangasa Pintor telah dihantar untuk menjadi pemerintah Maga yang kemudian nya turun kepada anaknya bernama Baginda Raja I,dan seterusnya turun kepada Patuan Sayur Mulia Maga Lombang dan kemudiannya turun kepada anaknya Baginda Raja Mandailing Maga Lombang dan berikutnya turun kepada Patuan Maga yang meneruskan pemerintah diMaga Lombang. Semasa Patuan Maga memerintah inilah kaum Paderi telah masuk menyerang Mandailing melalui Muara Sipongi pada 1816.Maga telah dikalahkan dengan mudah dan seluruh keluarga diraja Maga Lombang telah ditaaluki dan ditawan oleh kaum Paderi.
Seluruh keluarga Patuan Maga telah memeluk agama Islam dihujung pedang,mereka dibawa ke Kotanopan,Rao lalu menyertai angkatan perang Paderi.Patuan Maga turut didalam kempen Tuanku Rao hinggalah beliau cedera parah didalam pertempuran Ayer Bangi dan dibawa keBonjol dimana Baginda telah wafat dan mewariskan perjuangan nya kepada anaknya Jahurlang @ Tuanku Bosi yang terus mendampingi Tuanku Imam Bonjol sehinggalah beliau tertangkap dan Bonjol jatuh ketangan Belanda. Jahurlang @ Tuanku Bosi segera keDalu Dalu mendapatkan Tuanku Tambusai menceritakan peristiwa kejatuhan Bonjol.
Setelah menyedari kemaraan tentera Belanda yang lengkap dan lebih besar maka Tuanku Tambusai telah mempersiapkan dirinya untuk berundur keTanah Melayu,bersamanya beliau telah memilih Tuanku Janawi @ Abdullah Zawawi @ Tuanku Raja Laut iaitu anak Jahurlang @ Tuanku Bosi dan Tuanku Raja Asal untuk mengiringinya keTanah Melayu. Tuanku Bosi telah ditinggalkan untuk mempertahankan Benteng Dalu Dalu sementara Tuanku Tambusai berundur dengan pasukan nya keseberang Selat Melaka. Begitulah kisah saki baki tentera Paderi yang berundur untuk membina kekuatan bagi menyusun barisan kedua .
— bersama Abdi Nasution dan Dato'Raja Arifin Raja Ali.

No comments:

Post a Comment