Tuesday 7 April 2015

ASAL USUL MARGA NASUTION DIPANYABUNGAN TONGA

Setelah Betara Adityawarman mendirikan kerajaan nya diPagaruyung dan menjadi pemerintah bagi seluruh alam Minangkabau,kehidupan disana semakin tenteram dan teratur,cuma masaalah kepercayaan hidup mereka menjadi kelamkabut diantara kepercayaan agama hindu yang dibawa oleh Betara Adityawarman dengan kepercayaan pelbegu/kepercayaan kepada roh roh nenek moyang terdahulu dengan alam mistik. Begitulah suasana alam Minangkabu pada masa itu.
Dalam suasana beginilah maka tersebut cerita anak bongsu kepada Adityawarman I (Waditiawarman Udaya Ditiavarman) telah dikahwinkan dengan dua orang cucu saudaranya. Anak bongsu Adityawarman I yang bernama Dewang Megowano @ Tuanku Nan Tuo telah dikahwinkan dengan dua orang anak kepada Dewang Ranggowano @ Tuan Bujanggo Rajo II @ Rajo Bagewang II @ Datu Bandaro Putih V
Puteri Puteri Bagindo tersebut adalah:-

i. Puti Reno Dewi Nalonali (Tuan Gadih II)
ii. Puti Reno Dewi Nango

Dengan isteri pertamanya,Dewang Megowano @ Tuanku Nan Tuo mendapat dua orang putera dan seorang puteri.
i.Putera nya yang sulung bernama Puto Bawang @ Betara Sinomba
ii. Yang tengah seorang Puteri bernama Puti Reno Jelito @ Puteri Rumandang Bulan
iii. Anaknya yang ketiga seorang putera, Tuanku Di Buo III

Dengan isteri keduanya,Baginda mendapat seorang Putera dan seorang Puteri.
i. Puto Buyong @ Rajo Nan Sati @ Betara Gorga Pinayungan
ii. Puti Reno Lenggogeni
Dalam keadaan dan suasana hidup dizaman itu maka terjadilah perkara yang dipantangkan iaitu Puto Bawang @ Betara Sinomba bermukah dengan adik lain ibunya iaitu Puti Reno Lenggogeni sedangkan Puto Buyong @ Rajo Nan Sati @ Betara Gorga Pinayungan pula bermukah dengan adik lain ibu iaitu Puti Reno Jelito @ Puteri Rumandang Bulan.
Puti Reno Jelito @ Puteri Rumandang Bulan yang sudahpun ditunangkan dengan Rajo Gayo,dengan segera diberangkatkan ke Gayo untuk dinikahkan segera. Puteri tersebut terpaksa meninggalkan Istana Silindung Bulan dengan membawa setandan pinang masak. Setiap perhentian nya maka pinang tersebut ditanam untuk meninggalkan jejak kepada abang yang dikasihinya Puto Buyong @ Rajo Nan Sati @ Betara Gorga Pinayungan.
Diberitakan dalam perjalanan ke Gayo,rombongan tersebut telah tersesat jalan dipukul ribut hingga berbulan lamanya.Ahkirnya sampailah mereka ditebing sebuah sungai yang jernih ayer nya. Sedang puteri tersebut duduk dibuah batu terhampar dibawah pohon beringin tiba tiba ianya merasa perutnya sakit untuk melahirkan maka sibuklah segala inang pengasuh dan dayang membantunya tetapi tidak juga anak tersebut dapat dilahirkan.Tiba tiba muncul seorang nenek tua dari hutan berdekatan lalu dia minta untuk membantu puteri tersebut untuk melahirkan. Setelah nenek tersebut membaca mentera dan membantu puteri tersebut barulah anak tersebut dapat dilahirkan.
Melihat anak tersebut sudah dilahirkan maka puteri tersebutpun meratap kesedihan memikirkan nasib mereka berdua bila ketahuan oleh Rajo Gayo,melihatkan sikap puteri yang menangis tidak berhenti henti itu nenek berkenaan pun merasa hiba lalu bertanya. Maka Sang Puteri pun segera memberitahu nenek tersebut akan nasib yang bakal menimpa mereka dua beranak apabila Rajo Gayo mengetahui bahawa puteri tersebut bukan lagi anak gadis.
Nenek tersebut telah memujuk puteri berkenaan supaya jangan bimbang lalu membawanya masuk kesungai dan memandikan puteri tersebut dibawah pohon angsana yang sedang berbunga lebat,setelah mandi dengan bunga angsana dari sungai tersebut maka parut parut melahirkan tadipun hilang dan tuan puteri kembali seperti seorang anak gadi. Maka itu sungai tersebut sehingga hari ini dipanggil Aek Batang Gadis erti air sungai yang memulihkan seorang gadis.
Mengikut perjanjian dengan nenek tersebut anak puteri tersebut hendaklah ditinggalkan kepada nya kerana mengikut firasat nenek itu anak tersebut akan menjadi raja ditanah berkenaan. Begitulah asal mulanya anak kecil berkenaan ditinggalkan ditengah hutan dibawah jagaan nenek kebayaan itu.

No comments:

Post a Comment