Tuesday 7 April 2015

PERANG KLANG 1867-1872


Didalam Perang Klang ini orang Mandailing tidak campurtangan kecuali ada yang terus menerus berniaga membekalkan beras dan makanan lain kepada puak Raja Mahadi sehinggalah beliau berjaya menewaskan Raja Abdullah pada Mac 1867 tetapi malangnya Imam Perang orang Batubara bernama Muhammad Akib telah terbunuh ditembak. Tempat Muhammad Akib tersebut telah digantikan oleh adiknya yang bernama Nonggok @ Muhammad Ahkil. Kemenangan ini tidak bertahan lama kerana Raja Mahadi menolak usaha Tengku Kudin untuk mendamaikan pihak yang bertelagah tersebut. Tengku Kudin merasa terhina lalu menyokong Raja Ismail anak Raja Abdullah yang sudah meninggal.Pada kesempatan inilah orang orang Mandailing yang sakit hati kepada Dato' Yassih bertindak dan membunuh nya atas arahan Tuanku Raja Asal.
Raja Mahadi pula telah menimbulkan kemurkaan Sultan Abdul Samad apabila beliau enggan membayar ufti $500 kepada bakal mentua nya setelah menguasai Klang.Pada satu kesempatan lain dibulan Ogos 1869 Raja Ismail bersama 100 orang pengikutnya telah berjaya menawan sebuah kubu Raja Mahadi tetapi bila Tengku Kudin menghantar 500 orang Kedah untuk membantu Raja Ismail maka beliaupun berjaya mengusir Raja Mahadi dari Klang..Nonggok @ Muhammad Ahkil ketua orang orang Batubarapun mengambil tindakan berpaling tadah menyebelahi Tengku Kudin. Raja Mahadi telah berundur ke Kuala Selangor lalu bertahan disana tetapi setelah Tengku Kudin mendapatkan bantuan dari Negeri Inggeris maka Raja Mahadipun dikalahkan pada 1872,beliau telah melarikan diri mula mula keJeram,kemudian pergi keSiak untuk menyediakan pasukan perang tetapi ahkirnya menetap diJohor dan mangkat disana. Sebenarnya apa yang dikatakan Perang Klang itu pun tamat lah.
Semasa Perang Klang ini,diatas desakan Wan Puteh isteri Tuanku Raja Asal untuk membantu keluarga Almarhom Tun Mutahir maka,orang orang Mandailing telah beberapa kali terlibat dengan menyerang Negeri Pahang. Oleh kerana persediaan dan bekalan makanan yang tidak cukup maka rancangan menaluki Pahang tersebut berahkir dengan kegagalan sahaja. Ini sudah tentu membangkitkan kemarahan Wan Ahmad Bendahara Sri Wak Raja Pahang yang baru. Oleh kerana itu sudah barang tentu didalam tempoh yang sama tersebut orang orang Mandailing tidak ada waktu untuk terlibat didalam Perang Klang.
Pada 1868 Tengku Kudin dikahwinkan dengan Raja Arfah puteri Sultan Abdul Samad dan atas desakan Inggeris pula Tengku Kudin dilantik menjadi Wizurai Negeri Selangor.Inggerispun mula campurtangan didalam urusan Negeri Selangor tetapi Tuanku Raja Asal dan Sutan Naposo @ Sutan Puasa masih bersama Yap Ah Loy yang menyokong Tengku Kudin dan Inggeris.Pada awal tahun 1870 Gabenor Jeneral Negeri Negeri Selat iaitu Sir Harry Ord telah datang menemui Sultan Abdul Samad untuk membincangkan keadaan yang tidak stabil diNegeri Selangor khasnya peranan orang orang Mandailing yang menguasai tempat pengeluaran bijih timah dan bergiat cergas didalam kegiatan melanun diSelat Melaka. Setelah pertemuan tersebut, pada 25 Ogos.1870 Sultan Abdul Samad pun menghimpunkan pembesarnya diBandar Temasa,Kuala Langat dan membuat peristiharan penghapusan etnik orang orang Mandailing diKuala Lumpur.
— bersama Dato'Raja Arifin Raja Ali.

No comments:

Post a Comment