Apabila
Sibaroar ditabalkan sebagai raja diPanyabungan Tonga dengan gelar
Sutan Diaru berita tersebut telah sampai keHuta Bargot,permaisuri
pulungan masih lagi berdendam dengan Sibaroar dan ingin membalas dendam
kesumat yang disimpan nya sejak puteranya mangkat sebagai alas tiang
seri Istana/Bagas Godang Huta Bargot. Kesempatan tersebut telah terbuka
luas apabila Sutan Diaru mula menaluki satu persatu kampung/Huta yang
terdapat ditepi tebing Aek Batang Gadis untuk meluaskan wilayah
jajahan nya.Permaisuri pulungan pun mulalah menghasut Sutan Pulungan
supaya segera membentraskan kegiatan Sutan Diaru untuk meluaskan
wilayah taaluknya diseberang tebing Aek Batang Gadis. Pada mulanya
hanya satu pasukan kecil sahaja yang dihantar keseberang tebing Aek
Batang Gadis tetapi pertempuran kecil kecilan tersebut ahkirnya merebak
menjadi satu peperangan antara Kerajaan Huta Bargot dengan Kerajaan
Panyabungan Tonga.
Peperangan tersebut memaksa Sutan Diaru untuk mengumpulkan kekuatan nya dari berbagai pihak bagi melawan Sutan Pulungan yang terkenal tersebut. Ahkirnya angkatan perang Sutan Diaru telah dapat menyeberangi Aek Batang Gadis dan semua kampung ditebing seberang sungai tersebutpun ditaalukinya dan angkatan perangnya pun bergerak menuju Huta Bargot. Keadaan ini telah mengemparkan seluruh jajahan taaluk Sutan Pulungan,lalu banyaklah kampung kampung sekitar Huta Bargot tersebut yang menyerah kalah kepada Sutan Diaru.
Memandangkan hampir keseluruhan kampung/huta disekitar Huta Bargot telah menyerah kalah kecuali Huta Bargot maka kampung tersebut pun dikepung selama 7 hari dan 7 malam,ini telah memaksa Sutan Pulungan berunding dan mengaku kalah. Setelah berunding maka kata sepakatpun dicapai dimana Huta Bargot mengaku kalah dan melepaskan semua jajahan taaluknya kepada Panyabungan Tonga,disamping itu anak perempuan Sutan Pulungan yang bongsu itu dikahwinkan dengan Sutan Diaru. Maka termeterilahlah perjanjian damai antara Huta Bargot dan Panyabungan Tonga,dan rakyatnyapun hiduplah dalam suasana aman damai.

No comments:
Post a Comment